Thursday, April 18, 2013

BUKAN HANYA KERANA ISTERI

Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya keluar dari rumah,
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal diluar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami memakan masakan isterinya yang sedap ataupun tidak bukan kerana setakat ingin mengambil hati isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami mencari rezeki untuk diberikan kepada isteri bukan kerana ia takutkan isteri dan tidak tahu menguruskan kewangan.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami menjaga anak-anak ketika mereka sakit bukan kerana mereka ingin meringankan beban isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Berhentilah melakukan sesuatu kerana merasa isteri kita adalah nafas kita, jantung hati kita, kehidupan kita. Berhentilah melakukan sesuatu hal yang cuba dikaitkan dengan sesuatu yang romantik. Kerana lelaki yang romantik bukan lelaki yang selalu menurut semua kemahuan isterinya.

Lakukanlah kerana Rasulullah mencontohkannya. Sunah Rasulullah SAW. Jika kita melakukannya, maka hal itu dikira sebagai ibadah.

Akan tetapi jika tujuannya kerana isteri, suami hanya mendapat redha dari isteri tetapi bukan redha dari Allah. Maka berhatilah-hatilah kerana ibadah itu dinilai berdasarkan NIATNYA.


Semoga menjadi inspirasi dan menjadi renungan bagi sahabat yang lainnya.

Sumber : Kata-kata Hikmah

Edit : Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna

♥ Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna

Thursday, April 11, 2013

Jangan kita hina orang buat jahat!


"Ustaz Samsuri pernah mengupas satu hadis, bagimana Nabi SAW menjelaskan bahawa apabila kita hina orang buat jahat maka kita tidak akan mati sebelum apa yang kita hina itu berlaku ke atas kita, atau anak cucu kita. Misalnya kalau kita kutuk dan hina orang berzina, membuka aib yang orang itu sendiri tidak membukanya, maka kita tidak akan mati selagi zina itu tidak berlaku atas kita atau keluarga kita. Oleh itu, apabila melihat orang melakukan kejahatan, jika tidak mampu menasihatinya maka doakanlah dia."

Prof. Dr. Muhaya : "Jangan pandang kecil dosa atau pahala kerana boleh membawa kita ke syurga atau neraka. Jaga aurat kita hari ini, InsyaAllah terutama para isteri. Kesiankan suami kita yang mendapat tempelan dosa kita tanpa mereka sedar"

Blog Kereta Mayat : "Ada orang yang masih seronok menjaja tentang keburukan aku.. Ceritalah, hingga kamu-kamu rasa puas.. Moga Allah akan mengampuni kamu kerana hati aku sudah lelah untuk memaafkan.. (Kehinaan mungkin di mata manusia tetapi kemuliaan itu adalah dalam pandangan Allah"

Kita selalu suka bercerita tentang orang lain..
Bukan cerita untuk pengajaran..
Tetapi cerita dengan tujuan untuk memburuk-burukkan orang lain..
Kadang-kadang bila dah terlampau seronok sangat membuka hijab orang lain..
Kita terlupa yang hijab kita telah lama terselak..
Dan di situ sebenarnya kemenangan syaitan ke atas diri kita..
Aku tak nafikan..
Bila bercerita tentang orang lain..
Terutama keburukan orang itu..
Lebih-lebih lagi orang yang tak kita senangi..
Memang terasa kepuasan yang amat sangat..
Bila dapat luahkan ketidakpuasan hati kita tentang orang itu..
Apatah lagi keburukan orang itu diketahui pula oleh orang lain..
Lebih lagi hati kita merasa puas..
Betul ke kita puas ??
Aku pasti jawapannya TIDAK..
Kenapa ?
Sesuatu perkara yang menerbitkan dosa tidak akan pernah sampai pada tahap PUAS..
Percaya la..
Sebab itu kita tak pernah berhenti untuk memburukkan orang lain..
Kerana hati kita belum lagi mencapai tahap puas..
Sampai bila ??
Sampai kita sedar diri..
Bahawa membuka keaiban orang lain itu satu dosa..
Bila kita nak sedar ??
Bila keburukan orang yang kita sebarkan itu..
Menjadi keburukan pada diri kita atau keluarga kita pula..
Masa tu baru kita dapat ukur tinggi atau rendah langit itu..
Nak menyesal ?
Bagus.. dan lebih bagus lagi kalau kita dapat minta maaf dengan orang yang telah kita burukkan itu..
Tapi takut sampai masa dan dijemput mengadapNYA..
Kita masih lagi belum sedar..
Aduhhhhh... Tau tak betapa besarnya dosa kita itu..
Dosa dengan Allah, masih boleh bertaubat dan meminta keampunan dari Allah..
Tapi dosa dengan manusia ??
Hanya manusia itu yang dapat memaafkan kita..
Ahhhh.. Hidup kita tak siapa tahu bila penamatnya..
Selagi ada ruang dan waktu untuk bertaubat dan memohon keampunan..
Pergunakan la sebaiknya..
Benar.. Berbuat dosa itu memang bahagia..
Tapi berkali ganda bahagia bila kita dapat tinggalkan perkara yang mendatangkan dosa itu..
Rendahkan la hati dan ego kita untuk memandang kebaikan orang lain..
Tak ada salahnya..
Untuk orang menghormati kita, kita perlu menghormati orang dahulu..

Perkongsian dari aku-alam.blogspot.com/2012/05/tazkirah-jumaat.html

Sunday, April 7, 2013

Blame on me not my religon!


Saudara ku...


Assalamualaikum saudara-saudara ku, 

Saya menghormati pandangan dan pegangan politik saudaraku, namun dalam berpolitik dan menentukan pemimpin kita, ada kalanya kita bertindak diluar batasan kita. Tak kira lah apa bangsa dan agama mereka. Kita tak layak tentukan surga neraka dan dosa-dosa mereka. Jika salah, kita kata mereka salah. Tak perlu ditokok tambah lagi. Tak perlu dicampur dengan caci maki dan menghina mereka dan keluarga mereka. Menukar panggilan dengan lebih hina. 

Apa perasaan jika mereka itu adalah ahli keluarga kita sendiri? suka? sedih? atau marah?

Bagaimana pula jika mereka tidak memaafkan penghinaan kita kepada mereka? 

Adakah sebab mereka melakukan kesalahan maka Allah akan mengampunkan penghinaan kita kepada mereka? atau menokok tambah fitnah keatas mereka? 


Dosa mereka Allah akan adili tapi bagaimana dosa fitnah & hina kita kepada mereka?


Mereka juga manusia yang kerap melakukan kesilapan sapa macam kita. Jangan kerana 1-2 kesilapan mereka. Kita hina seluruh hidup mereka. Kita hina segala perkara yang baik mereka sampaikan. Memilih pemimpin dengan beradap dan bersopan. KIta punya agama, tidak wujud dalam kepercayaan kita dibenarkan menghina & memfitnah mereka yang berbuat silap dan salah.

Dan saya sebagai insan yang beragama Islam, dengan rendah hati menegur kepada saudara seagamaku hentikan penghinaan kepada semua insan, terutama sekali seagama malah yang lebih tinggi agamanya daripada kita termasuk alim ulama'

Ubadah bin Shamit Radhiyallahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

ليس من أمتي من لم يجل كبيرنا ويرحم صغيرنا ويعرف لعالمنا حقه 

Bukan termasuk ummatku, siapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, menyayangi orang yang lebih muda dan mengetahui hak-hak orang alim. [3]

Thawus rahimahullah berkata: "Termasuk Sunnah, iaitu menghormati orang alim." [4]

Berdasarkan nas-nas di atas, jelaslah bahawa kewajipan setiap muslim terhadap para ulama dan orang-orang soleh adalah mencintai dan menyukai mereka, menghormati dan memuliakan mereka, tanpa berlebih-lebihan atau merendahkan sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Mengolok-olok ulama dan orang-orang soleh, mengejek atau melecehkan mereka, tentu saja bertentangan dengan perintah untuk mencintai dan memuliakan mereka. Melecehkan ulama dan orang soleh, sama ertinya dengan menghina dan merendahkan mereka. [5]

Al-Alusi berkata: "Istihza ', artinya merendahkan dan mengolok-olok. Al-Ghazzali menyebut makna istihza', iaitu merendahkan, menghina dan menyebutkan aib dan kekurangan, supaya orang lain mentertawainya; boleh jadi dengan perkataan, dan boleh dengan perbuatan dan isyarat." [6]


Wallahualam...


[3]. Diriwayatkan daripada Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (I/122) dan dihasankan oleh Al-Albaani dalam Shahih Jami 'Shaghir (5319) dan Shahih
At-Targhib (I/45).
[4]. Sila lihat kitab Jami 'Bayanil Ilmi wa Fadhlihi karangan Ibnu Abdil Barr (I/129).
[5]. Sila lihat Jami 'Ulum wal Hikam karangan Ibnu Rajab (II/334).
[6]. Sila lihat Ruuhul Ma'aani (I/158).

kepada editor, jurugambar, juruvideo, pengarah video, pelakon..

Assalamualaikum kepada editor, jurugambar, juruvideo, pengarah video, pelakon..

Saya lihat pelbagai video yang berunsur nasihat dan pembelajaran yang anda cipta untuk umum dan ditayangkan di facebook video, youtube atau di tv tapi.. saya mohon tolonglah jika ada wanita Islam didalam video itu. Pohonlah dia menutup aurat.

Minta la sangat2 rasa macam nak merayu pun ada. Video memang berinfomasi dan sesuai untuk di share kat orang lain tapi sayang sekali ada pelakon wanita yg terang2an membuka aurat, tudung dan berpakaian ketat. Kenapa ni? mengakui aurat tu tuntutan agama Islam dan ada yg bagi alasan tunggu seru (seru la sangat) tapi kalau hampir 90% semua nak tunggu seru tu camna? tunggu negara kena serang? nak tunggu ajal kat depan mata? Jangan lah jadi bodoh sombong. Buat dosa lepas tu sombong kat Allah.. 

Berbalik kepada video tadi tu. Minta la tutup aurat baik lelaki atau wanita. Bila kita share video yng membuka aurat. Secara automatik kita pun share dosa buka aurat tu.

Benda nampak kecik tapi selalu dipandang remeh... Kadang2 yang duk 'like' dan 'share' pun terang2 profile facebook buka aurat. Jadi like untuk apa? Itu arahan Allah bukan arahan rakan anda!

Setuju atau Tidak Peristiwa di Lahad Datu adalah satu contoh dan sedikit gambaran jika negara kita diserang musuh?

Setuju atau Tidak Peristiwa di Lahad Datu adalah satu contoh dan sedikit gambaran jika negara kita diserang musuh?



Diperistiwa ini, satu negara meratapi perajurit kita namun masih ada segelintir yg mempetikaikan pengorbanan mereka dan ada ucapan takziah dan semangat hanya dimulut sahaja. Sebab? yang darurat di Sabah sahaja kan? Yang terasa bahang sengsara dikalangan mereka yang mengenali perwira-perwira kita sahaja dan pernah mengalami situasi ini. Namun masih ada yang tidak endah dan tak kisah.

Jadi mereka yang terasa betapa besarnya pemergian mereka. Bayangkan pula bagaimana dinegara Islam yang diserang? Mereka bukan askar atau polis yang berjuang dan terkorban namun dari anak kecil hingga ke yang paling tua. Anak kehilangan ibu. Ibu kehilangan anak. Isteri kehilangan Suami. Suami kehilangan keluarga dan sebaliknya. Hidup dalam ketakutan, masa itu baru masing2 menuding siapa salah, siapa betul.

Berhentilah dari ketawa, berhentilah menyindir, berhentilah dari berbalah antara bangsa, agama dan pegangan. Bersyukur kepada Allah apa kurnianya. Jika kita ingin membawa negara ke arah kemajuan. Pilih pemimpin anda dengan berhemah. Masing2 ada agama, masing dididik dengan sopan dan menghormati antara insan. 

Kalau tak suka dengan pemimpin, kita undi dengan berhemah. Jika kita tak suka dengan pembangkang. kita undi dengan berhemah. Jangan keluarkan apa2 cerita yang kita tak tahu asal usulnya. Kelak, kita yang mengumpul dosa fitnah. Sehingga umat Islam sendiri dihina dan di cerca. Ulama' dan ustaz dihina dan dimaki. Sedarlah kita..

Wallahualam...

Syukur: Apakah ia ada dalam diri kamu?



Bersyukurlah hari ini:

1. Sebelum kita berkata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak boleh berkata-kata sama sekali.

2. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
4. Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

5. Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup

6. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

7. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor karena pembantu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

9. Sebelum kita mengeluh tentang jauh perjalanan dengan memandu kereta, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

10. Dan disaat kita penat dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang orang yang menganggur atau orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.


Perkongsian dari : http://mediasiber.com/syukur-apakah-ia-ada-dalam-diri-kamu/

Antara Rokok, Solat dan Aurat



Bertanya seorang kafir kepada seorang muslim.


Kafir : Wahai sahabat, saya ingin bertanya mengenai agama mu.
Muslim : Insyallah, tanyalah saya akan cuba menjawapnya.

Kafir : Aku lihat, kamu dan agamamu hari2 berdakwah dan menyeru supaya mendirikan solat dan bersungguh2 menasihati terutamanya kaum wanita untuk menutup aurat namun apa yang aku lihat. Solat itu bila perlu dan menutup aurat tu cuma satu trend. Ada yang nak buat dan ada yang tak nk buat. 
Sambungnya..

Agamamu seringkali beritahu pembalasan atas meninggalkan perkara2 itu adalah dosa. Dan pembalasan itu dihari akhirat. Namun, wujudkah hari akhirat itu? Mereka kata mereka percaya hari akhirat namun masih lagi minum arak dan berbuat maksiat? Tudung hanya untuk yg baik2 sahaja. Kalau dah terbuat dosa seperti seharusnya terus berbuat dosa. Aurat cuma bagi pandangan mereka cuma pakai tudung bila keluar rumah.

Muslim : Sebelum saya menjawap, boleh saya bertanya soalan?
Kafir : Boleh, tanyalah.

Muslim : Kamu merokok?
Kafir : Ya..

Muslim : Kamu tahu rokok tu membawa penyakit.
Kafir : Ya saya tahu. Saya memang tahu lama dah. Tapi dah terbiasa dan selesa dengan rokok.

Muslim : Kenapa kamu tak nak berhenti merokok sekarang?
Kafir : Saya perlukan masa untuk berhenti, tak boleh terus berhenti.

Muslim : Keluarga kamu atau rakan ada suruh kau berhenti merokok.
Kafir : Ya, ada juga sekali sekala. Tapi rakan2 jarang suroh berhenti. Kadang2 mereka pun sama merokok.

Muslim : Jika saya suruh kamu berhenti merokok sekarang boleh?
Kafir : Apa hak kamu untuk memaksa saya berhenti merokok!!! Saya merokok tak susahkan kamu! Dan saya tak minta duit kamu!! 

Muslim : Tetapi merokok kan membahayakan kesihatan kamu.
Kafir : Kamu peduli apa. Kalau nak ceramah saya pasal rokok kenapa tak nasihat orang lain. Ramai yang hisap rokok bukan saya seorang. Lagipun kamu tu siapa? Doktor ke?
Muslim : Jangan marah sahabat, sesungguhnya soalan dan jawapan kamu itu adalah jawapan atas soalan2 kamu.

Seperti rokok, semua umat Islam tahu solat dan menutup aurat tu WAJIB. Walaupun mereka tahu meninggalkannya itu satu dosa. Sama seperti rokok, setiap kali awak merokok, maka keadaan paru2 awak akan merosak setiapkali. Sama seperti solat dan aurat. 

Tambahan lagi, mereka dah terbiasa dan selesa meninggalkannya. Malah ada perokok diawal usia sebab mereka rasa 'cool' bila merokok macam org dewasa. Sama juga para wanita, mereka rasa mereka nmpak cantik bila membuka tudung dan membuka aurat. Malah, wanita Islam juga tidak segan silu membuka dada mereka, memakai baju yang menampakkan tubuh badan mereka dan mengharap ada mata yang melihat dan ada suara yg memuji.

Awak marah saya bercerita mengenai rokok, sama seperti mereka juga. Mereka marah bila kita menasihati mengenai aurat dan solat sbb mereka dah tahu. Malah beratuskali diingatkan seperti rokok di media mengenai bahaya merokok, sama spt solat dan aurat, ianya seringkali diingatkan dalam pelbagai media termasuk facebook. Sama juga dengan rokok, kamu membandingkan org lain yang menghisap rokok maka apa yang kamu buat tu tak salah sangat, sama dengan aurat dan solat, mereka membandingkan yang lain yang sama2 meninggalkan solat dan membuka aurat.

Malah kita dah diajar jangan suka menegur dan jangan menegah orang lain membuka aurat dan biarkan sahaja mereka tidak solat. Siapa yang sibuk menasihati orang lain mengenainya dianggap penyibuk dan menunjuk baik sedangkan itu adalah kewajipan sesama Islam, dan tidak timbul tunjuk baik sebab dosa syubahat menanti.

Tidak perlu menjadi seorang doktor untuk menasihati supaya berhenti merokok sebab secara umumnya semua orang tahu bahaya merokok sama seperti aurat dan solat, tidak perlu menjadi ustaz atau ustazah untuk menasihati. Namun begitu, walaupun doktor, ustaz dan ustazah beri nasihat pun masih juga dilakukannya. 

Kamu kata kamu hisap rokok tidak menyusahkan saya?? Bahaya penghisap rokok ialah mereka yang tidak merokok dan menghidu asap rokok yang kamu hembus itu lebih berisiko tinggi dari si penghisapnya. Sama seperti solat dan aurat, mereka yang tidak menegur dan menasihati berisiko mendapat dosa syubahat, walaupun mereka sedang menutup aurat.

Akhirnya seperti rokok, bila dah terdampar di hospital baru menyesal menghisap rokok sama seperti solat dan aurat. Bila dah sakit baru rasa insaf dan berdosa dan bertaubat.

Namun, masih ada perbezaan antara rokok, solat dan aurat. Iaitu, dosa meninggalkan solat dan aurat dapat diampunkan oleh Allah swt. Dengan syarat, kita sempat bertaubat sebelum mati. Cuma persoalannya.. Adakah kita mati seperti mati tua seperti org lain ataupun kita tiba2 mati macam org2 lain?

Antara sempat dan tak sempat?


aurat dan solat semua mengakuinya namun. cuba salah seorang dari kita kata 'jangan bersolat' dan 'jangan tutup aurat'.. wah semua akan bersatu mengeji dan memaki org itu namun tanpa disedari.. sbnarnya org yg mengeji dan memaki tu sama dengan mereka yang menggalakkan berbuat dosa. kenapa? 
kita ambil contoh:
KAT FACEBOOK, sibuk 'like', 'share' dan bersama2 menyokong mereka yang menghina Islam tetapi yang paling jelas, facebook masing2 penuh dengan gambar aurat nya. malah, jelas org yg menyokong dan like tu pun profile facebook masih menyebarkan dosa diri sendiri.

Jadi bagaimana? sama dengan topik di atas.. yang mengiklan rokok itu haram dan membahayakan kesihatan pun hisap gak rokok..

Tepuk dada, tanya iman kita.. wallahualam...

Yang bertudung (tutup aurat) dan cukup solat tak semestinya baik dan alim..

Yang bertudung (tutup aurat) dan cukup solat tak semestinya baik dan alim, tak semestinya lebih baik dan sempurna dr yang tak bertudung dan jarang solat. Namun mereka yang bertudung (tutup aurat) dan cukup solat percaya kepada Allah dan mengerjakan suruhannya, terlepas dari dosa meninggalkan suruhannya.

Jangan kerana 1-2 kesilapan mereka, kita jatuhkan hukum ; 
- 'lebih baik macam aku ni yang tak pakai tudung'
- 'baik lagi dari aku yang tak semayang, xde nyusahkan org'
- 'perangai macam setan tapi pakai tudung, baik buang je tudung tu'

sebab solat dan menutup aurat tu wajib untuk umat Islam dan suruhan Allah. Tak perlu seru sbb memang dah diseru 1400 tahun lepas. Dan TAK PERLU TUNGGU MASA NK BERUBAH SEBAB MATI X DE ISTILAH 'DELAY' DAN 'TUNGGU DULU'.

Hakikatnya, kita sentiasa rasa kita lebih baik dari semua org walaupun kita tahu kita sedang membuat kesilapan dan berterusan. Dan kebenarannya, kita dilarang tentukan syurga neraka seseorang walaupun dia x pernah solat atau kafir, sebab hanya Allah yang tahu dimana kedudukan mereka di akhir hayat mereka. Yang kita risau kan, apakah kita beriman diakhir hayat kita? dan adakah kita sempat bertaubat sebelum kita mati?

Ada yang sakit, sempat bertaubat sebab rasa dah takda harapan (insyallah)
Ada yang dalam perperangan, sempat bertaubat sebab peluang 50-50 (insyallah)
Ada yang kapal terbang nak terhempas, sempat bertaubat (insyallah)

bagaimana yang mati mengejut? heart attack? eksident? lift terhempas? peluru sesat? dan kejadian yang terjadi tiba? dan kematian yang tak dijangka.. 

Jangan anggap kita akan mati masa dah tua. Buka mata dan lihat sekeliling. Brapa ramai rakan kita meninggal sebelum tua? Jangan anggap kita akan bernasib baik hidup sampai tua sebab itu mati itu rahsia Allah..

Wallahualam, peringatan untuk diri sendiri. Menyebarkan ilmu dan menegur kesilapan bukan tugas Ustaz sahaja namun kewajipan itu diseru kepada yang beragama Islam, dan menegur kesilapan itu pun wajib kepada yang beragama Islam mengelak dari sama2 berdosa syubahat.

Kenali jenis riak...


-Riak melalui tubuh...
Menunjukkan kecantikan badan, paras rupa dan lain²...

-Riak dalam keagamaan...
Melakukan ibadah untuk dipuji supaya dianggap alim...

-Riak melalui pakaian dan perhiasan...
Memakai barangan yang mahal...

-Riak melalui perkataan...
Dilakukan dengan menunjukkan kebaikan melalui perkataan...

-Riak dengan amalan...
Umpamanya solat dengan sujud yang lama agar dipandang solat dengan khusyuk...

-Riak pada kuasa dan pengaruh...
Bangga dengan kuasa yang dimiliki...

-Riak samar...
Asalnya dimulakan amalan dengan ikhlas, tetapi apabila dipuji menyebabkan rasa senang dengan pujian itu. Jika kegembiraan ini adalah kerana memperoleh keutamaan Allah, maka ia bukanlah riak samar.

Wallahu‟alam...