Saturday, June 7, 2014

Bro hisap rokok? nak?

Nah!, nak rokok?
Hisap rokok? Nak?
Bro hisap rokok? nak?

Ayat2 yang selalu saya jumpa setiap hampir 70% bila berjumpa dan bersua dengan sesiapa sahaja, baik kenal atau tidak. Seolah2 rokok ni sebagai pembuka mukadimah dan sebagai salam-silaturahim. Seolah2 kalau kita makan nasi mesti jemput orang sebelah.

Malah rata2. Dalam satu kumpulan hampir semuanya hisap rokok. Seolah2 rokok ni sebagai makanan rugi rakyat malaysia. Malah perempuan pun dah makin ramai yang penghisap rokok di awal usia mahupun yang tua kerepot.
Malah secara bodohnya kita sedar bahaya merokok dan sedar fatwanya tetapi ramai yang tak dapat mengelak sebab dah ketagih. Bila dah ketagih, nak berhenti sukar sebab masyarakat rata2nya perokok. Kesudahannya hukum agama diringan2kan dengan pelbagai alasan dan dalih. Baca iklan/fatwa haram pasal rokok senyum sahaja.

Antara kita sedar atau tidak. Kita sendiri yang mengajar generasi baru untuk merokok sampai budak2 sekolah anggap merokok itu macho, hebat, rock dan bergaya. Lebih2 lagi bila berkawan dengan perokok. Godaan untuk mencuba itu amat kuat. Dirumah, Kita yang mengajar anak-anak kita merokok.
Sedarlah, kita yang mengajar mereka merokok. Tak der apa yang dibanggakan dengan makan jin tu. Berhentilah.

No comments:

Post a Comment