Sunday, June 15, 2014

Kalau kita nak tolong orang kita kena kaya dulu


"Kalau kita nak tolong orang kita kena kaya dulu"
"Kita perlu kaya baru dapat bantu ayah kita, ibu kita, keluarga.. bla bla bla"

Itu adalah kata2 biasa Dr. Azizan Osman. Saya pernah hadiri ceramah free beliau dan melihat ribuan orang yang bercita-cita untuk kaya seperti beliau.

Tapi jujurnya, perlu ke kita kaya?
Renungkan...

* Saidina Abu Bakar seorang yang amat kaya, menjadi seorang yang amat dermawan sehingga seluruh hartanya habis disedekahnya. Sehingga terdengar seorang sahabat ketika melalui rumah beliau terdengar yang beliau tiada apa mau makan.

* Ada satu riwayat bagaimana Rasulullah tidak punya makanan sehingga terpaksa mengikat batu diperutnya.

* Ada satu kisah Saidina Umar yang menjadi khalifah didatangi oleh anaknya yang malu pakaian yang koyak dan bertampal2 sedangkan dia anak khalifah. Namun beliau tidak punya wang, dan tak sanggup nak pinjam duit baitulmal kerana tak tahu dia mempu menjelaskan hutang tersebut sebelum dia meninggal.

* Kata saidina Umar r.a apabila melihat harta rampasan perang yang melimpah ruah di zaman pemerintahannya…(lebih kurang maksud):
“Aku tidak mahu harta ini… jika ianya baik, kenapa harta ini tidak datang pada zaman Nabi saw dan Abu bakar r.a?"

* Rasulullah pernah bersabda "Biarlah aku hidup miskin, bila aku lapar, aku ingat pada MU, bila aku kenyang aku bersyukur padaMU"

* Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.   H.R. Abu Daud

* Firaun, Haman, Qarun, namrud dan lain lain Naktullah juga berkeinginan untuk panjang umur dan murah rezeki, tapi Allah dah jadikan mereka mayat dan bakal masuk neraka!!!!

JADI sedangkan mereka yang dijanjikan syurga takut untuk menjadi kaya.
Malah kita pun yakin kalau mereka kaya, mereka pastikan membantu yang miskin.

Tetapi hebat sangatkah kita dibanding mereka semua ini?

Sehinggakan kita yakin kita nak sangat jadi kaya dan ;
- tidak akan berubah iman kita untuk membantu??
- tidak akan TIMBUL RIAK KITA WALAU SEKECIL ZARAH??
- tidak akan LUPA KEPADA ALLAH walau sesibuk mana sekalipun?
- ANAK, ISTERI, SUAMI, DAN KELUARGA tidak akan RIAK walau sekecil ZARAH?
- Tidak akan timbul IRI HATI dan dengki oleh sahabat atau saudara-mara kita?
- Tidak akan putus persaudaraan oleh kita dan keluarga kepada sahabat atau saudara mara kita?

Jadi renungkan balik.
Yang kita cari adalah keKAYAan atau keTAQWAan??

p/s Sejujurnya, saya juga ingin senang tetapi saya takut.. sedangkan para sahabat nabi semuanya kaya dengan agama bukannya harta. Semua cendekiawan Islam semuanya berjaya menjadi bijak pandai tetapi tidak kaya.

p/s/s Alasan untuk kaya bila mati ada harta untuk anak bini, jadi diorang tak merempat. Namun, adakah kita yakin kekayaan itu menjadikan mereka lebih berdoa untuk kita atau berebut sesama sendiri? Kedua, berapa banyak harta sahabat nabi tinggalkan untuk keluarga mereka selepas mereka meninggal?

Kita akan kata,
" Insyallah aku tak macam tu. "
" Aku yakin aku kotakan janji aku masa aku da kaya kelak. "
" Aku takkan lupa untuk tolong orang masa aku dah kaya nnt "
" Aku lain, aku takkan lupa untuk bersyukur "

namun hakikatnya berapa ramai sahabat atau saudara kita yang dah kaya menjadi mereka lebih sombong, tamak dan riak???

Tepuk dada, tanya iman..

** Maaf, ini cuma pandangan saya yang lemah. Saya pun menasihati diri saya yang imannya setipis tisu juga **

Saturday, June 7, 2014

Sedarlah..


Astaqfirullah


Wanita... adakah ia menyusahkan?

Wanita dicipta bukan untuk menyusahkan lelaki tetapi untuk mewarnai hidup seorang lelaki. 

Sama kisah Nabi Adam a.s.. 
Nabi Adam a.s miliki segalanya namun x bermakna jika dia keseorangan lalu Allah ciptakan Hawa a.s untuk mendampinginya. 

Tetapi kerana Hawa a.s juga Nabi Adam tercampak ke dunia. Adakah itu maknanya Hawa a.s menyusahkan???? 

Tidak... Itulah namanya ujian dan semua pahit manis inilah yang mewarnai Nabi Adam a.s sehingga dia sanggup merentas pelusuk dunia untuk mencari Hawa a.s ...

Fahami sejarah baru kita mengerti kenapa wanita dan lelaki tidak akan sama warna..

Bersabar, ikhlas dan berdoa kepada Allah.. Sebab kita bukan pencipta dan pengubah tetapi Allah yang mengubah dan mencipta hati manusia. Dan setiap yg berlaku ada hikmahnya...

Sabar

Sebab sabar itu mudah disebut tetapi perit dizahirkan. Sebab itu Allah beri ganjaran untuk mereka yang kuat kesabarannya. Walaupun kita tidak tabah seperti Rasul 'Ulul Azmi' namun marilah kita sama2 muhasabah diri kita yg lemah.. 
Termasuk saya sendiri... huhuhuh

Subhanallah

Manusia tidak pernah lari dari kesilapan sebab itu Allah ciptakan syaitan dan iblis. Namun Manusia tak pernah putus dari keampunanNya sebab itu Allah ciptakan Syurga dan Neraka bagi mereka yg sedar dan lalai. Subhanallah 

Kebodohan Wanita dan Lelaki...


Bro hisap rokok? nak?

Nah!, nak rokok?
Hisap rokok? Nak?
Bro hisap rokok? nak?

Ayat2 yang selalu saya jumpa setiap hampir 70% bila berjumpa dan bersua dengan sesiapa sahaja, baik kenal atau tidak. Seolah2 rokok ni sebagai pembuka mukadimah dan sebagai salam-silaturahim. Seolah2 kalau kita makan nasi mesti jemput orang sebelah.

Malah rata2. Dalam satu kumpulan hampir semuanya hisap rokok. Seolah2 rokok ni sebagai makanan rugi rakyat malaysia. Malah perempuan pun dah makin ramai yang penghisap rokok di awal usia mahupun yang tua kerepot.
Malah secara bodohnya kita sedar bahaya merokok dan sedar fatwanya tetapi ramai yang tak dapat mengelak sebab dah ketagih. Bila dah ketagih, nak berhenti sukar sebab masyarakat rata2nya perokok. Kesudahannya hukum agama diringan2kan dengan pelbagai alasan dan dalih. Baca iklan/fatwa haram pasal rokok senyum sahaja.

Antara kita sedar atau tidak. Kita sendiri yang mengajar generasi baru untuk merokok sampai budak2 sekolah anggap merokok itu macho, hebat, rock dan bergaya. Lebih2 lagi bila berkawan dengan perokok. Godaan untuk mencuba itu amat kuat. Dirumah, Kita yang mengajar anak-anak kita merokok.
Sedarlah, kita yang mengajar mereka merokok. Tak der apa yang dibanggakan dengan makan jin tu. Berhentilah.