ir a principal |
Ir a lateral
Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”Huraian Hadith: Memperbaikkan hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir, kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.
Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.
Apabila sesorang itu berniat untuk melakukan perkara mungkar tetapi tidak menzahirkan apa yang diniatkan maka tiada catatan dosa terhadapnya. Sebaliknya jika seseorang itu berniat melakukan kebaikan, ia sudah tertulis pahala untuknya.
sumber : http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/apalah-ada-pada-rupa-paras
cerita aku dengan pakcik kopiah yg ku sangka tak siumanبِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِPagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di stesen minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang tak siuman pun lapar gak, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah-olah memanggilku. Aku pun balas tunggu sekejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: "Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari". Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang-sorang, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut). Satu kedai dia bayarkan. Ya Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing masing semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba tiba pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat-dekat.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama. Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan.
Ya Allah. Kau peliharakanlah pakcik itu.
Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah SWT
Wallahu a'lam
sumber warta dari hati
perkongsian dari : carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=438587
Daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Cukuplah dosa seseorang itu dengan mencuaikan tanggungjawabnya menyara keluarganya.Huraian Hadith: Menyara keluarga adalah tanggungjawab kepada ibubapa.Keengganan mengeluarkan belanja untuk keluarga adalah dianggap sebagai suatu kesalahan disisi syarak.Menyara keluarga adalah lebih mustahak daripada berbelanja untuk tujuan lain.Seorang itu berkewajipan memberi makan anak isterinya, ibubapanya yang hilang upaya, kaum kerabat yang terdekat dan orang yang dibawah tanggungannya.Sumber : http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/jangan-cuai-sara-keluarga-0
Hukum Berpakaian & Berseluar KETAT/LEGGING/INNER Lelaki & Wanita. LELAKI MAHRUH pakai seluar ketat yang menampak bentuk tubuh KECUALI jika menampak bentuk kemaluan hukumnya HARAMPEREMPUAN HARAM walau nampak bentuk betis, lengan, walau lengan pakai inner hitam tapi nampak bentuk TETAP HARAM. Kesimpulannya TIDAK NAMPAK WARNA KULIT dan BENTUK TUBUHSILA RUJUK : http://www.youtube.com/watch?v=gv03yjf9I2k
RUJUKAN LAIN (yang umum, dan dah masuk kelas pun):
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH TINGKATAN 2 (http://sabksmasra.bpi.edu.my/sudut-pendidikan-islam/119-hayatie)
SPM- Ulangkaji Kertas 2 /Tingkatan 4 (http://ustazahrumaizah.blogspot.com/p/spm-ulangkaji-tingkatan-4.html)
dan lain2 lagi. Boleh rujuk kepada Ustaz yang mengajar
p/s : Hakikatnya, bila kita menegur, org kata jgn berlagak cam ustaz, tunjuk baik sgt. Jadi kita minta USTAZ sendiri yang beritahu.
Kredit : https://www.facebook.com/berjihaddemiallah/posts/530618526975622
Rukun Iman - Beriman kepada Qada' Dan Qadar
Iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.
- Kita kata kita beriman kepada Qada' dan Qadar, tapi bila kita langgar batu kita marah batu tu. Itu bermakna kita masih tidak beriman kepada Qada' dan Qadar ~~
Bismillah, TV3, 31/05/2013
* Teguran untuk diri saya sendiri juga. Wallahualam..
SUDAHLAH!!!Aku dosa dah banyak.. buat baik cam na pun x mungkin masuk syurga woi..Biarlah aku ngan arak dan zina... Alang2 masuk neraka.. tak payah la nk buat baik.. bukan Allah terima pun taubat aku.......
.
.
.
.
.
.
Confirm?
Taubat kita tidak diterima selepas kita mati. Selagi tuan-puan MASIH HIDUP dan dapat baca teks saya ini. Percayalah taubatmu diterima Allah walau sebesar alam sekalipun.. Allah tu maha pengampun dan penyayang.
Mari kita bertaubat atas dosa2 silam dan paling latest kita. Peringatan untuk diri saya sendiri..
Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah az-Zumar: 53
Kat Al-Qur'an dah bagi TERM & CONDITION, xpercaya lagi?
Wallahualam...
Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar.Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya keluar dari rumah,Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal diluar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri.Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya.Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.Suami memakan masakan isterinya yang sedap ataupun tidak bukan kerana setakat ingin mengambil hati isteri.Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.Suami mencari rezeki untuk diberikan kepada isteri bukan kerana ia takutkan isteri dan tidak tahu menguruskan kewangan.Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.Suami menjaga anak-anak ketika mereka sakit bukan kerana mereka ingin meringankan beban isteri.Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.
Berhentilah melakukan sesuatu kerana merasa isteri kita adalah nafas kita, jantung hati kita, kehidupan kita. Berhentilah melakukan sesuatu hal yang cuba dikaitkan dengan sesuatu yang romantik. Kerana lelaki yang romantik bukan lelaki yang selalu menurut semua kemahuan isterinya.
Lakukanlah kerana Rasulullah mencontohkannya. Sunah Rasulullah SAW. Jika kita melakukannya, maka hal itu dikira sebagai ibadah.
Akan tetapi jika tujuannya kerana isteri, suami hanya mendapat redha dari isteri tetapi bukan redha dari Allah. Maka berhatilah-hatilah kerana ibadah itu dinilai berdasarkan NIATNYA.Semoga menjadi inspirasi dan menjadi renungan bagi sahabat yang lainnya.Sumber : Kata-kata HikmahEdit : Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna♥ Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna
"Ustaz Samsuri pernah mengupas satu hadis, bagimana Nabi SAW menjelaskan bahawa apabila kita hina orang buat jahat maka kita tidak akan mati sebelum apa yang kita hina itu berlaku ke atas kita, atau anak cucu kita. Misalnya kalau kita kutuk dan hina orang berzina, membuka aib yang orang itu sendiri tidak membukanya, maka kita tidak akan mati selagi zina itu tidak berlaku atas kita atau keluarga kita. Oleh itu, apabila melihat orang melakukan kejahatan, jika tidak mampu menasihatinya maka doakanlah dia."
Prof. Dr. Muhaya : "Jangan pandang kecil dosa atau pahala kerana boleh membawa kita ke syurga atau neraka. Jaga aurat kita hari ini, InsyaAllah terutama para isteri. Kesiankan suami kita yang mendapat tempelan dosa kita tanpa mereka sedar"Blog Kereta Mayat : "Ada orang yang masih seronok menjaja tentang keburukan aku.. Ceritalah, hingga kamu-kamu rasa puas.. Moga Allah akan mengampuni kamu kerana hati aku sudah lelah untuk memaafkan.. (Kehinaan mungkin di mata manusia tetapi kemuliaan itu adalah dalam pandangan Allah"Kita selalu suka bercerita tentang orang lain..Bukan cerita untuk pengajaran..Tetapi cerita dengan tujuan untuk memburuk-burukkan orang lain..Kadang-kadang bila dah terlampau seronok sangat membuka hijab orang lain..Kita terlupa yang hijab kita telah lama terselak..Dan di situ sebenarnya kemenangan syaitan ke atas diri kita..Aku tak nafikan..Bila bercerita tentang orang lain..Terutama keburukan orang itu..Lebih-lebih lagi orang yang tak kita senangi..Memang terasa kepuasan yang amat sangat..Bila dapat luahkan ketidakpuasan hati kita tentang orang itu..Apatah lagi keburukan orang itu diketahui pula oleh orang lain..Lebih lagi hati kita merasa puas..Betul ke kita puas ??Aku pasti jawapannya TIDAK..Kenapa ?Sesuatu perkara yang menerbitkan dosa tidak akan pernah sampai pada tahap PUAS..Percaya la..Sebab itu kita tak pernah berhenti untuk memburukkan orang lain..Kerana hati kita belum lagi mencapai tahap puas..Sampai bila ??Sampai kita sedar diri..Bahawa membuka keaiban orang lain itu satu dosa..Bila kita nak sedar ??Bila keburukan orang yang kita sebarkan itu..Menjadi keburukan pada diri kita atau keluarga kita pula..Masa tu baru kita dapat ukur tinggi atau rendah langit itu..Nak menyesal ?Bagus.. dan lebih bagus lagi kalau kita dapat minta maaf dengan orang yang telah kita burukkan itu..Tapi takut sampai masa dan dijemput mengadapNYA..Kita masih lagi belum sedar..Aduhhhhh... Tau tak betapa besarnya dosa kita itu..Dosa dengan Allah, masih boleh bertaubat dan meminta keampunan dari Allah..Tapi dosa dengan manusia ??Hanya manusia itu yang dapat memaafkan kita..Ahhhh.. Hidup kita tak siapa tahu bila penamatnya..Selagi ada ruang dan waktu untuk bertaubat dan memohon keampunan..Pergunakan la sebaiknya..Benar.. Berbuat dosa itu memang bahagia..Tapi berkali ganda bahagia bila kita dapat tinggalkan perkara yang mendatangkan dosa itu..Rendahkan la hati dan ego kita untuk memandang kebaikan orang lain..Tak ada salahnya..Untuk orang menghormati kita, kita perlu menghormati orang dahulu..Perkongsian dari aku-alam.blogspot.com/2012/05/tazkirah-jumaat.html
Assalamualaikum saudara-saudara ku, Saya menghormati pandangan dan pegangan politik saudaraku, namun dalam berpolitik dan menentukan pemimpin kita, ada kalanya kita bertindak diluar batasan kita. Tak kira lah apa bangsa dan agama mereka. Kita tak layak tentukan surga neraka dan dosa-dosa mereka. Jika salah, kita kata mereka salah. Tak perlu ditokok tambah lagi. Tak perlu dicampur dengan caci maki dan menghina mereka dan keluarga mereka. Menukar panggilan dengan lebih hina.
Apa perasaan jika mereka itu adalah ahli keluarga kita sendiri? suka? sedih? atau marah?
Bagaimana pula jika mereka tidak memaafkan penghinaan kita kepada mereka?
Adakah sebab mereka melakukan kesalahan maka Allah akan mengampunkan penghinaan kita kepada mereka? atau menokok tambah fitnah keatas mereka?
Dosa mereka Allah akan adili tapi bagaimana dosa fitnah & hina kita kepada mereka?
Mereka juga manusia yang kerap melakukan kesilapan sapa macam kita. Jangan kerana 1-2 kesilapan mereka. Kita hina seluruh hidup mereka. Kita hina segala perkara yang baik mereka sampaikan. Memilih pemimpin dengan beradap dan bersopan. KIta punya agama, tidak wujud dalam kepercayaan kita dibenarkan menghina & memfitnah mereka yang berbuat silap dan salah.
Dan saya sebagai insan yang beragama Islam, dengan rendah hati menegur kepada saudara seagamaku hentikan penghinaan kepada semua insan, terutama sekali seagama malah yang lebih tinggi agamanya daripada kita termasuk alim ulama'
Ubadah bin Shamit Radhiyallahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah Shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:
ليس من أمتي من لم يجل كبيرنا ويرحم صغيرنا ويعرف لعالمنا حقه
Bukan termasuk ummatku, siapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, menyayangi orang yang lebih muda dan mengetahui hak-hak orang alim. [3]
Thawus rahimahullah berkata: "Termasuk Sunnah, iaitu menghormati orang alim." [4]
Berdasarkan nas-nas di atas, jelaslah bahawa kewajipan setiap muslim terhadap para ulama dan orang-orang soleh adalah mencintai dan menyukai mereka, menghormati dan memuliakan mereka, tanpa berlebih-lebihan atau merendahkan sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Mengolok-olok ulama dan orang-orang soleh, mengejek atau melecehkan mereka, tentu saja bertentangan dengan perintah untuk mencintai dan memuliakan mereka. Melecehkan ulama dan orang soleh, sama ertinya dengan menghina dan merendahkan mereka. [5]
Al-Alusi berkata: "Istihza ', artinya merendahkan dan mengolok-olok. Al-Ghazzali menyebut makna istihza', iaitu merendahkan, menghina dan menyebutkan aib dan kekurangan, supaya orang lain mentertawainya; boleh jadi dengan perkataan, dan boleh dengan perbuatan dan isyarat." [6]
Wallahualam...
Assalamualaikum kepada editor, jurugambar, juruvideo, pengarah video, pelakon..Saya lihat pelbagai video yang berunsur nasihat dan pembelajaran yang anda cipta untuk umum dan ditayangkan di facebook video, youtube atau di tv tapi.. saya mohon tolonglah jika ada wanita Islam didalam video itu. Pohonlah dia menutup aurat.Minta la sangat2 rasa macam nak merayu pun ada. Video memang berinfomasi dan sesuai untuk di share kat orang lain tapi sayang sekali ada pelakon wanita yg terang2an membuka aurat, tudung dan berpakaian ketat. Kenapa ni? mengakui aurat tu tuntutan agama Islam dan ada yg bagi alasan tunggu seru (seru la sangat) tapi kalau hampir 90% semua nak tunggu seru tu camna? tunggu negara kena serang? nak tunggu ajal kat depan mata? Jangan lah jadi bodoh sombong. Buat dosa lepas tu sombong kat Allah..
Berbalik kepada video tadi tu. Minta la tutup aurat baik lelaki atau wanita. Bila kita share video yng membuka aurat. Secara automatik kita pun share dosa buka aurat tu.
Benda nampak kecik tapi selalu dipandang remeh... Kadang2 yang duk 'like' dan 'share' pun terang2 profile facebook buka aurat. Jadi like untuk apa? Itu arahan Allah bukan arahan rakan anda!
Setuju atau Tidak Peristiwa di Lahad Datu adalah satu contoh dan sedikit gambaran jika negara kita diserang musuh?
Diperistiwa ini, satu negara meratapi perajurit kita namun masih ada segelintir yg mempetikaikan pengorbanan mereka dan ada ucapan takziah dan semangat hanya dimulut sahaja. Sebab? yang darurat di Sabah sahaja kan? Yang terasa bahang sengsara dikalangan mereka yang mengenali perwira-perwira kita sahaja dan pernah mengalami situasi ini. Namun masih ada yang tidak endah dan tak kisah.
Jadi mereka yang terasa betapa besarnya pemergian mereka. Bayangkan pula bagaimana dinegara Islam yang diserang? Mereka bukan askar atau polis yang berjuang dan terkorban namun dari anak kecil hingga ke yang paling tua. Anak kehilangan ibu. Ibu kehilangan anak. Isteri kehilangan Suami. Suami kehilangan keluarga dan sebaliknya. Hidup dalam ketakutan, masa itu baru masing2 menuding siapa salah, siapa betul.
Berhentilah dari ketawa, berhentilah menyindir, berhentilah dari berbalah antara bangsa, agama dan pegangan. Bersyukur kepada Allah apa kurnianya. Jika kita ingin membawa negara ke arah kemajuan. Pilih pemimpin anda dengan berhemah. Masing2 ada agama, masing dididik dengan sopan dan menghormati antara insan.
Kalau tak suka dengan pemimpin, kita undi dengan berhemah. Jika kita tak suka dengan pembangkang. kita undi dengan berhemah. Jangan keluarkan apa2 cerita yang kita tak tahu asal usulnya. Kelak, kita yang mengumpul dosa fitnah. Sehingga umat Islam sendiri dihina dan di cerca. Ulama' dan ustaz dihina dan dimaki. Sedarlah kita..
Wallahualam...
Bersyukurlah hari ini:
1. Sebelum kita berkata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak boleh berkata-kata sama sekali.
2. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
3. Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
4. Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
5. Sebelum kita mengeluh tentang suami atau isteri, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup
6. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
7. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
8. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor karena pembantu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
9. Sebelum kita mengeluh tentang jauh perjalanan dengan memandu kereta, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.
10. Dan disaat kita penat dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang orang yang menganggur atau orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.
11. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan.
Perkongsian dari : http://mediasiber.com/syukur-apakah-ia-ada-dalam-diri-kamu/