Tuesday, July 30, 2013

10 amalan jijik dalam menyediakan makanan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Masyarakat sering memandang ringan tentang isu kebersihan lebih-lebih lagi dalam hal penyediaan makanan. Ia tidak sepatutnya berlaku dan pengguna sepatutnya perlu mengambil sikap sentiasa peduli, peka dan prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Berikut adalah antara 10 perkara yang dilihat benar-benar berlaku di depan mata kita.

1. Periuk kuah roti canai dipanaskan di atas kuali leper tempat membuat roti canai. Bayangkan punggung periuk itu diletakkan di merata tempat kemudian dipanaskan di atas kuali leper tempat roti canai dimasak. Bakteria dari merata tempat akan berpindah ke atas kuali leper itu kemudian berpindah pula kepada roti canai yang dimakan.



2. Tuala Kecil. Tuala 'Good Morning' yang tak pernah dibasuh biasa diguna berulang kali untuk 'membersihkan' dan mengelap minyak serta sisa-sisa memasak di atas periuk leper. Cebisan-cebisan halus dari fabrik yang tidak kelihatan sudah tentu akan tertinggal dan melekat di atas kuali lalu berpindah ke makanan.



3. Hidangan bertindih. Piring kecil bersaiz 1 ke 2 inci untuk meletakkan sos atau sambal serta piring kuah bersaiz 4-5 inci untuk meletak kuah ditindihkan di atas piring makanan utama yang kebiasaannya boleh mencemar makanan.

Perkara ini boleh berlaku disebabkan penyedia atau pembawa makanan mahu kerja mudah dan tidak cukup tangan untuk memegang gelas minuman dan pinggan makanan sekaligus. Apa saja bahagian belakang seperti punggung kuali atau bawah piring terdedah kepada risiko kekotoran kerana bahagian itu biasanya digunakan untuk menyentuh permukaan.Lebih baik gunakan talam yang mempunyai lekukan pembahagi untuk memisahkan makanan, kuah dan sebagainya.

4. Sudip atau penyepit yang sama digunakan untuk mengendalikan makanan mentah dan juga yang sudah dimasak lebih-lebih lagi makanan seperti daging. Daging mentah boleh tercemar dengan bakteria seperti E. Coli.



5. Lauk-pauk yang dihurung lalat terutama di kawasan yang banyak lalat. Lalat adalah serangga pengotor dan sering hinggap di atas kotoran terutama najis dan ia boleh memindahkan kotoran itu ke atas makanan atau lauk-pauk. Untuk memudahkan pelanggan memilih lauk disamping menjaga kebersihan, gunakan penutup transparent.



6. Tukang masak yang berbual atau tidak memakai topi dan apron semasa memasak. Perbualan ketika memasak boleh mendedahkan makanan terhadap pencemaran air liur tukang masak dan topi dan apron yang tidak dipakai boleh memindahkan kotoran kepada makanan seperti rambut tukang masak dan juga peluh.



7. Telur ayam tidak dibasuh terlebih dahulu. Jika tidak dibasuh, sisa-sisa najis ayam yang melekat (walaupun tidak kelihatan) akan masuk terus ke dalam makanan apabila kulit telur dipecahkan. Amalan sebegini boleh menyebabkan bakteria mudah berpindah ke dalam makanan dan membiak.



8. Meletakkan periuk, kuali atau apa saja yang mengandungi makanan di atas lantai atau tempat yang rendah. Makanan ini mudah terdedah kepada pencemaran bakteria kerana kotoran sering jatuh di tempat yang lebih rendah.



9. Batuk atau bersin semasa membawa makanan untuk dihidangkan. Apabila seseorang itu batuk atau bersin, beribu-biru bakteria dan virus akan tersebar ke persekitaran terutama makanan yang sedang dibawa. Makanan akan tercemar dan orang yang memakannya mungkin mendapat penyakit.



10. Melakukan berbagai pekerjaan. Jika seseorang menggunakan tangannya untuk menguli tepung atau menebar roti canai, ia tidak menjadi masalah selagi tangannya telah dibasuh dengan bersih dan kukunya dipotong pendek tetapi dia tidak seharusnya melakukan pekerjaan lain seperti menjadi juruwang memegang wang tunai, kerana wang adalah antara tempat paling banyak bakteria ditemui. Dia juga tidak boleh bekerja sebagai tukang cuci lantai atau pencuci pinggan mangkuk. 




sumber thesecretmedicines.blogspot

Tuesday, July 9, 2013

40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak


Menurut Pakar Motivasi Dato' Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.



Artikel yang menarik untuk direnungkan, renungkan kembali, andainya ini mungkin ramadhan yang terakhir kita.

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.

1. Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.

2. Sahur terlalu awal 
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. 

3. Terlebih tidur 
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. 

4. Berbuka secara buffet sampai buncit 
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr 
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! 

8. Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending, sebab tak solat. Ayoyo!

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. 

Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Monday, June 24, 2013

beringatlah setiap kali kita berkata


Assalamualaikum...
pernah satu ketika dahulu, seorang ustaz dalam ceramahnya (saya lupa bila). Ucapan dari mulut adalah satu doa. Jika kita sering berkata yang sedih, putus cinta, kecewa dan marah. Maka itu yang kita doakan kepada diri kita sendiri. Tambahan ustaz itu lagi, memang patut banyak artis yang suka menyanyi lagu2 sebegitu memang bermasalah dalam hidupnya. Wallahualam...

Sedangkan lirik dari artis barat yang memesongkan akidah juga menbuatkan kita hilang akidah sekelip mata. Sedangkan talak sah jatuh kerana terlafaz walau pun tidak sengaja dan sedangkan kita boleh jadi murtad dengan kata yang tidak sengaja.

Maka, beringatlah setiap kali kita berkata.

Logik tak jika kita menegur


Perkongsian dari https://www.facebook.com/berjihaddemiallah/posts/533158633388278

Assalamualaikum semua.. 

Saya nk bertanya. Logik tak jika kita menegur wanita yang mendedahkan aurat contoh rambutnya dengan teguran bukan maki atau menghina tetapi dibalas dengan sindiran, kutukan dan dimarah?

Kita dibalas balik, minta ditegur secara dibalik tabir secara lembut dan jika di facebook, diminta tegur gunakan private message. Malah rakan sekeliling pun minta kita tegur perempuan tu secara berhemah dan bersopan.

Ironinya, kita terlupa atau buat-buat lupa yang mendedahkan aurat itu ialah DOSA BESAR. Semua tahu siksa diakhirat wanita yang mendedahkan aurat. Tapi kita percaya tak?? (ingat rukun iman)

Malah bila kita menegur, rakannya sekeliling minta kita tegur secara berhemah tetapi jika mereka itu seorang sahabat yang baik kenapa biarkan rakan mereka melakukan DOSA?? Kenapa mereka tidak menegur wanita itu sebelum kita menegur?? Adakah itu rakan yang terbaik dengan membiarkan rakannya sendiri buat dosa yang mereka tahu itu dosa??

Adakah mereka sedar yang mereka yang melihat aurat wanita itu juga MENDAPAT DOSA?
Malah jika tidak menegur juga mendapat DOSA SHUBAHAT??

Wanita itu pun jika tidak menutup aurat, malaikat mencatit dosa setiap insan yang melihat aurat nya.

Seolah-olah dia sedang berzina, namun tiada seorang yang mampu menegur. Walaupun rakan baiknya.

Jadi wanita itu sedang melakukan dosa besar dan yang melihat dan tidak menegur juga mendapat dosa besar maka patut ke kita biarkan atau menegur? Dia melakukan dosa secara terang-terangan. Kenapa kita nk nasihat sembunyi2?
Kita nak lindung aib perempuan itu sebab ditegur terang2an tetapi dia melakukan dosa terang-terangan kenapa tak boleh tegur??

Fikirkah secara ilmiah bukan dari nafsu.

Cuba lihat hadis tentang teguran Rasullullah. Baginda menegur perbuatan dosa seseorang dihadapan sahabat-sahabatnya, jika tidak masakan hadis-hadis ini ditulis. Fikirkan!

Credit to FB : Ubaidullah Bermaksud HambaAllah

Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah


Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”
Huraian Hadith: 
Memperbaikkan hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir, kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.

Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.

Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.

Apabila sesorang itu berniat untuk melakukan perkara mungkar tetapi tidak menzahirkan apa yang diniatkan maka tiada catatan dosa terhadapnya. Sebaliknya jika seseorang itu berniat melakukan kebaikan, ia sudah tertulis pahala untuknya.

sumber : http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/apalah-ada-pada-rupa-paras

cerita aku dengan pakcik kopiah yg ku sangka tak siuman

cerita aku dengan pakcik kopiah yg ku sangka tak siuman
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di stesen minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang tak siuman pun lapar gak, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah-olah memanggilku. Aku pun balas tunggu sekejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: "Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari". Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang-sorang, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut). Satu kedai dia bayarkan. Ya Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing masing semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba tiba pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat-dekat.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama. Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan.

Ya Allah. Kau peliharakanlah pakcik itu.

Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah SWT

Wallahu a'lam

sumber warta dari hati
perkongsian dari : carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=438587

Menyara keluarga adalah tanggungjawab kepada ibubapa


Daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Cukuplah dosa seseorang itu dengan mencuaikan tanggungjawabnya menyara keluarganya.

Huraian Hadith: 
Menyara keluarga adalah tanggungjawab kepada ibubapa.

Keengganan mengeluarkan belanja untuk keluarga adalah dianggap sebagai suatu kesalahan disisi syarak.

Menyara keluarga adalah lebih mustahak daripada berbelanja untuk tujuan lain.

Seorang itu berkewajipan memberi makan anak isterinya, ibubapanya yang hilang upaya, kaum kerabat yang terdekat dan orang yang dibawah tanggungannya.

Sumber : http://www.islam.gov.my/en/e-hadith/jangan-cuai-sara-keluarga-0

Hukum Berpakaian & Berseluar KETAT/LEGGING/INNER Lelaki & Wanita.


Hukum Berpakaian & Berseluar KETAT/LEGGING/INNER Lelaki & Wanita. 

LELAKI MAHRUH pakai seluar ketat yang menampak bentuk tubuh KECUALI jika menampak bentuk kemaluan hukumnya HARAM

PEREMPUAN HARAM walau nampak bentuk betis, lengan, walau lengan pakai inner hitam tapi nampak bentuk TETAP HARAM. Kesimpulannya TIDAK NAMPAK WARNA KULIT dan BENTUK TUBUH

SILA RUJUK : http://www.youtube.com/watch?v=gv03yjf9I2k
RUJUKAN LAIN (yang umum, dan dah masuk kelas pun):
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH TINGKATAN 2 (http://sabksmasra.bpi.edu.my/sudut-pendidikan-islam/119-hayatie)
SPM- Ulangkaji Kertas 2 /Tingkatan 4 (http://ustazahrumaizah.blogspot.com/p/spm-ulangkaji-tingkatan-4.html)
dan lain2 lagi. Boleh rujuk kepada Ustaz yang mengajar

p/s : Hakikatnya, bila kita menegur, org kata jgn berlagak cam ustaz, tunjuk baik sgt. Jadi kita minta USTAZ sendiri yang beritahu.

Kredit : https://www.facebook.com/berjihaddemiallah/posts/530618526975622

Rukun Iman - Beriman kepada Qada' Dan Qadar


Rukun Iman - Beriman kepada Qada' Dan Qadar

Iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.
- Kita kata kita beriman kepada Qada' dan Qadar, tapi bila kita langgar batu kita marah batu tu. Itu bermakna kita masih tidak beriman kepada Qada' dan Qadar ~~

Bismillah, TV3, 31/05/2013

* Teguran untuk diri saya sendiri juga. Wallahualam..
 

Aku dosa dah banyak

SUDAHLAH!!!

Aku dosa dah banyak.. buat baik cam na pun x mungkin masuk syurga woi..

Biarlah aku ngan arak dan zina... Alang2 masuk neraka.. tak payah la nk buat baik.. bukan Allah terima pun taubat aku..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Confirm?

Taubat kita tidak diterima selepas kita mati. Selagi tuan-puan MASIH HIDUP dan dapat baca teks saya ini. Percayalah taubatmu diterima Allah walau sebesar alam sekalipun.. Allah tu maha pengampun dan penyayang.

Mari kita bertaubat atas dosa2 silam dan paling latest kita. Peringatan untuk diri saya sendiri..

Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah az-Zumar: 53

Kat Al-Qur'an dah bagi TERM & CONDITION, xpercaya lagi?

Wallahualam...

Wednesday, May 1, 2013

Stress..


Tips untuk isteri..


Jangan....


Perbuatan kecil yang besar pahalanya..


Peta Hidup


Perkara mangenai arak


Lelaki Dayus


Diam..


Surga..


Apabila bangun tidur..


Peluang Kita...


Lihat Cermin!


Aku diTIPU!


Tips Murah Rezki


Sebelum tIDUR


Dosa Pendapatan Lain Yang Haram


Thursday, April 18, 2013

BUKAN HANYA KERANA ISTERI

Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya keluar dari rumah,
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal diluar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami memakan masakan isterinya yang sedap ataupun tidak bukan kerana setakat ingin mengambil hati isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami mencari rezeki untuk diberikan kepada isteri bukan kerana ia takutkan isteri dan tidak tahu menguruskan kewangan.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Suami menjaga anak-anak ketika mereka sakit bukan kerana mereka ingin meringankan beban isteri.
Tapi kerana Rasulullah SAW pernah mencontohkannya.

Berhentilah melakukan sesuatu kerana merasa isteri kita adalah nafas kita, jantung hati kita, kehidupan kita. Berhentilah melakukan sesuatu hal yang cuba dikaitkan dengan sesuatu yang romantik. Kerana lelaki yang romantik bukan lelaki yang selalu menurut semua kemahuan isterinya.

Lakukanlah kerana Rasulullah mencontohkannya. Sunah Rasulullah SAW. Jika kita melakukannya, maka hal itu dikira sebagai ibadah.

Akan tetapi jika tujuannya kerana isteri, suami hanya mendapat redha dari isteri tetapi bukan redha dari Allah. Maka berhatilah-hatilah kerana ibadah itu dinilai berdasarkan NIATNYA.


Semoga menjadi inspirasi dan menjadi renungan bagi sahabat yang lainnya.

Sumber : Kata-kata Hikmah

Edit : Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna

♥ Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna

Thursday, April 11, 2013

Jangan kita hina orang buat jahat!


"Ustaz Samsuri pernah mengupas satu hadis, bagimana Nabi SAW menjelaskan bahawa apabila kita hina orang buat jahat maka kita tidak akan mati sebelum apa yang kita hina itu berlaku ke atas kita, atau anak cucu kita. Misalnya kalau kita kutuk dan hina orang berzina, membuka aib yang orang itu sendiri tidak membukanya, maka kita tidak akan mati selagi zina itu tidak berlaku atas kita atau keluarga kita. Oleh itu, apabila melihat orang melakukan kejahatan, jika tidak mampu menasihatinya maka doakanlah dia."

Prof. Dr. Muhaya : "Jangan pandang kecil dosa atau pahala kerana boleh membawa kita ke syurga atau neraka. Jaga aurat kita hari ini, InsyaAllah terutama para isteri. Kesiankan suami kita yang mendapat tempelan dosa kita tanpa mereka sedar"

Blog Kereta Mayat : "Ada orang yang masih seronok menjaja tentang keburukan aku.. Ceritalah, hingga kamu-kamu rasa puas.. Moga Allah akan mengampuni kamu kerana hati aku sudah lelah untuk memaafkan.. (Kehinaan mungkin di mata manusia tetapi kemuliaan itu adalah dalam pandangan Allah"

Kita selalu suka bercerita tentang orang lain..
Bukan cerita untuk pengajaran..
Tetapi cerita dengan tujuan untuk memburuk-burukkan orang lain..
Kadang-kadang bila dah terlampau seronok sangat membuka hijab orang lain..
Kita terlupa yang hijab kita telah lama terselak..
Dan di situ sebenarnya kemenangan syaitan ke atas diri kita..
Aku tak nafikan..
Bila bercerita tentang orang lain..
Terutama keburukan orang itu..
Lebih-lebih lagi orang yang tak kita senangi..
Memang terasa kepuasan yang amat sangat..
Bila dapat luahkan ketidakpuasan hati kita tentang orang itu..
Apatah lagi keburukan orang itu diketahui pula oleh orang lain..
Lebih lagi hati kita merasa puas..
Betul ke kita puas ??
Aku pasti jawapannya TIDAK..
Kenapa ?
Sesuatu perkara yang menerbitkan dosa tidak akan pernah sampai pada tahap PUAS..
Percaya la..
Sebab itu kita tak pernah berhenti untuk memburukkan orang lain..
Kerana hati kita belum lagi mencapai tahap puas..
Sampai bila ??
Sampai kita sedar diri..
Bahawa membuka keaiban orang lain itu satu dosa..
Bila kita nak sedar ??
Bila keburukan orang yang kita sebarkan itu..
Menjadi keburukan pada diri kita atau keluarga kita pula..
Masa tu baru kita dapat ukur tinggi atau rendah langit itu..
Nak menyesal ?
Bagus.. dan lebih bagus lagi kalau kita dapat minta maaf dengan orang yang telah kita burukkan itu..
Tapi takut sampai masa dan dijemput mengadapNYA..
Kita masih lagi belum sedar..
Aduhhhhh... Tau tak betapa besarnya dosa kita itu..
Dosa dengan Allah, masih boleh bertaubat dan meminta keampunan dari Allah..
Tapi dosa dengan manusia ??
Hanya manusia itu yang dapat memaafkan kita..
Ahhhh.. Hidup kita tak siapa tahu bila penamatnya..
Selagi ada ruang dan waktu untuk bertaubat dan memohon keampunan..
Pergunakan la sebaiknya..
Benar.. Berbuat dosa itu memang bahagia..
Tapi berkali ganda bahagia bila kita dapat tinggalkan perkara yang mendatangkan dosa itu..
Rendahkan la hati dan ego kita untuk memandang kebaikan orang lain..
Tak ada salahnya..
Untuk orang menghormati kita, kita perlu menghormati orang dahulu..

Perkongsian dari aku-alam.blogspot.com/2012/05/tazkirah-jumaat.html