Tuesday, September 27, 2011
Menghias Rumah Cara Islam
RUMAH merupakan tempat perlindungan dan sudah tentu para penghuninya mengharapkan keselesaan, kebahgiaan dan ketenangan.. Selepas seharian penat di pejabat, kita lazimnya akan pulang ke rumah untuk bersama-sama dengan keluarga.
Sebenarnya tidak sukar mencari ketenangan dan kebahgian kerana kesemuanya itu terdapat di sekeliling persekitaran kita. Rasulullah s.a.w bersabda, yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban " Empat unsur yang membawa kebahagiaan, iaitu isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan hati".
Sementara dalam surah an- Nahl: 80, Allah berfirman, "Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan...."
BAGAIMANA MENDAPAT KETENANGAN DALAM RUMAH KEDIAMAN:
1. Elakkan menghias rumah dengan perhiasan patung.
- Ketenangan akan diperolehi dalam rumah kediaman jika dimasuki malaikat rahmat. Untuk membolehkan kediaman dikunjungi oleh malaikat rahmat, elakkan menghias rumah dengan perhiasan patung.
Sabda Rasulullah, " Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
- Juga jangan menghias rumah dengan gambar yang berbentuk lucah seperti gambar wanita bogel atau tidak sempurna berpakaian, atau gambar yang tidak sopan dilihat.
2. Bagaimanapun sekiranya terdapat perhiasan yang berbentuk patung, hendaklah dicacatkan, seperti dipatahkan kepala patung berkenaan.
- Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan keengganan malaikat Jibrail memasuki rumah Rasulullah s.a.w kerana terdapat sebuah patung di pintu masuk rumah baginda. Pada hari berikutnya, Jibrail masih enggan memasuki rumah baginda sehingga Jibrail berkata kepada Rasulullah s.a.w "Perintahkanlah supaya memotong kepala patong itu". Maka patong itu dipotong sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok. Hadis riwayat (Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban).
3. Perhiasan yang dibenarkan merupakan gambar-gambar yang memaparkan pemandangan alam atau tulisan khat.
- Gambar dan tulisan khat ini boleh menyuntik perasaan insaf akan kebesaran dan keagungan ciptaan Allah s.w.t.
4. Gambar berupa penyanyi yang mendedahkan aurat tidak dibenarkan.
- Ini kerana ia melambangkan keagungan dan perasaan memuja-muja manusia.
5. Islam mengharuskan kita memaparkan foto orang alim atau orang yang mempunyai kelebihan dari ketokohan dan kelebihan ilmu Islam.
- Gambar-gambar ini diharuskan kerana ia boleh dijadikan contoh dan akan memberikan semangat kepada orang lain yang memandangnya.
6. Gambar keluarga untuk kenangan dan haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan dalam Islam.
7. Perhiasan berupa pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak tidak dibenarkan.
- Ini kerana boleh menimbulkan sifat riak atau sombong atas kelebihan yang dimiliki oleh seseorang.
8. Bekas acuan atau bekas-bekas kuih raya yang berbentuk haiwan seperti acuan kuih dibenarkan.
9. Perhiasan seperti permaidani yang berlatar belakangkan gambar haiwan dibenarkan, kerana permaidani diletakkan dikedudukan yang rendah atau atas lantai, yang dipijak setiap hari dan tidak membayangkan ianya diagungkan.
Semoga tips ini dapat membantu anda menghias rumah dengan cara Islam dan sentiasa menjadikan rumah anda..."RUMAHKU...SURGAKU..."...amin
Sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=271049
Monday, September 5, 2011
TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
sumber : http://dilemaduniaislam.blogspot.com/2010/02/tidak-akan-masuk-neraka-orang-yang.html
SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI
Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:
لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب
“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.”,tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”
Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih
Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang terdapat dalam hadis2 Nabi saw. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:
إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهم في أجسادهم. قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني
“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.”
Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan
Rujukan: Al-Idoh wat Tabyin oleh Muhammad Abdullah al-Imam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
Ilmu yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk dari diri saya sendiri. Powered by Blogger.
Popular Posts
-
"Ustaz Samsuri pernah mengupas satu hadis, bagimana Nabi SAW menjelaskan bahawa apabila kita hina orang buat jahat maka kita tidak...
-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Masyarakat sering memandang ringan tentang isu kebersihan lebih-lebih lagi dalam hal penyediaan makan...
-
Bertanya seorang kafir kepada seorang muslim. Kafir : Wahai sahabat, saya ingin bertanya mengenai agama mu. Muslim : Insyallah, tanyalah s...
-
Hukum Berpakaian & Berseluar KETAT/LEGGING/INNER Lelaki & Wanita. LELAKI MAHRUH pakai seluar ketat yang menampak bentuk tubuh KE...
-
Di ambil dari seorang ahli carigold.. Jawapan yang betul2 bernas dari seorang muslimah sebenar.
-
Ayat Basmalah termasuk Surat Al-Fatihah . Hadits, dari ad-Da’ru Quthni dari Abu Hurairah, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jika k...
-
RUMAH merupakan tempat perlindungan dan sudah tentu para penghuninya mengharapkan keselesaan, kebahgiaan dan ketenangan.. Selepas sehari...
-
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:- 1...
-
Amalan Murah rezeki Mahfum Firman Allah (Saba’:24) Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?&quo...
-
SOALAN: apakah hukum perempuan pakai seluar? adakah kitab rujukannya? JAWAPAN: dalilnya: من لم يجد إزارا فليلبس سراويل Dari Ibn Ab...