Wednesday, November 23, 2011

Sahabat





Assalamu'alaikum..


1. Memulakan memberi salam ketika dia menemui sahabatnya dan Memanggil sahabatnya dengan nama yang sangat disukainya..



2. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik.. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku..



3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat seperti; tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya..



4. Berdiam daripada menyampaikan celaan orang lain terhadap sahabatnya atau Menyampaikan segala pujian daripada orang lain kepada sahabatnya.. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul..



5. Menyembunyikan rahsia sahabatnya.. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui.. Ini tanda kita menghormatinya.. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita..



6. Menutup keaiban sahabatnya..Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.. dan Menegah orang lain yang ingin mengumpat sahabatnya seperti dia membela dirinya sendiri..



7. Menggunakan bahasa yang lemah lembut dan halus apabila ingin menasihati sahabatnya. Mendengar dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika dia bercakap.. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat.. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat..



8. Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yng menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya..



9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat.. beri peluang sahabat bersendiri.. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain..



10. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati..Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga hatinya reda dan sejuk.. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa.. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut..



11. Sewaktu sahabat sedang marah, hendaklah dia berdiam diri ketika sahabatnya bercakap-cakap sehinggga dia selesai dari percakapannya dan janganlah suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap..elok mendiamkan diri.. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk.. Itu lebih baik daripada membuat komen.. Ia boleh memburukkan keadaan..



12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti; kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t..



13. Menolong sahabat dengan cara bersegera sebelum sahabatnya meminta tolong.. Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau dia tidak mampu berbuat demikian, maka sekurang-kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya..



14. Berterima kasih pada sahabatnya atas sebarang kebaikannya dan Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya..



15. Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah dia meringankannya supaya sahabatnya bersenang hati..



16. Meluaskan tempat duduknya untuk sahabatnya ketika di majlis dan hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya itu ke tempat yang lain jika dia tak dapat berbuat demikian..dan Hendaklah dia bangun menghantarkan sahabatnya itu (sehingga samapai ke pintu rumahnya) ketika sahabatnya itu keluar dari rumahnya..



17. Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematiannya.. Menyamakan hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yng nampak di luar,maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar..



18. Memaafkan segala kesilapan dan kesalahan sahabatnya,maka janganlah dia mencelanya.. Mendoakan sahabatnya ketika dia duduk bersendirian,ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah dia meninggal dunia..



Ringkasnya, hendaklah seorang sahabat itu bermuamalah atau bergaul dengan sahabatnya dengan cara yang dia sukai jika orang lain bermuamalah dengannya.. Maka, jika sesiapa yang tidak mencintai sahabatnya akan sesuatu yang ia cintai bagi dirinya sendiri, maka persahabatan itu masih tidak ikhlas dan mempunyai anasir-anasir munafik dan persahabatan itu akan membawa kepada kebinasaan di dunia dan di akhirat.. Inilah adab-adab yang mesti anda jaga pada hak saudara andayng anda gelarkan sebagai sahabat..



Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”..



Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti..(maksud Hadis)..



Wallahu'alam..


Friday, October 21, 2011

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Tuesday, September 27, 2011

Menghias Rumah Cara Islam



RUMAH merupakan tempat perlindungan dan sudah tentu para penghuninya mengharapkan keselesaan, kebahgiaan dan ketenangan.. Selepas seharian penat di pejabat, kita lazimnya akan pulang ke rumah untuk bersama-sama dengan keluarga.

Sebenarnya tidak sukar mencari ketenangan dan kebahgian kerana kesemuanya itu terdapat di sekeliling persekitaran kita. Rasulullah s.a.w bersabda, yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban " Empat unsur yang membawa kebahagiaan, iaitu isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan hati".

Sementara dalam surah an- Nahl: 80, Allah berfirman, "Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan...."


BAGAIMANA MENDAPAT KETENANGAN DALAM RUMAH KEDIAMAN:



1. Elakkan menghias rumah dengan perhiasan patung.
- Ketenangan akan diperolehi dalam rumah kediaman jika dimasuki malaikat rahmat. Untuk membolehkan kediaman dikunjungi oleh malaikat rahmat, elakkan menghias rumah dengan perhiasan patung.
Sabda Rasulullah, " Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
- Juga jangan menghias rumah dengan gambar yang berbentuk lucah seperti gambar wanita bogel atau tidak sempurna berpakaian, atau gambar yang tidak sopan dilihat.


2. Bagaimanapun sekiranya terdapat perhiasan yang berbentuk patung, hendaklah dicacatkan, seperti dipatahkan kepala patung berkenaan.
- Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan keengganan malaikat Jibrail memasuki rumah Rasulullah s.a.w kerana terdapat sebuah patung di pintu masuk rumah baginda. Pada hari berikutnya, Jibrail masih enggan memasuki rumah baginda sehingga Jibrail berkata kepada Rasulullah s.a.w "Perintahkanlah supaya memotong kepala patong itu". Maka patong itu dipotong sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok. Hadis riwayat (Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban).

3. Perhiasan yang dibenarkan merupakan gambar-gambar yang memaparkan pemandangan alam atau tulisan khat.
- Gambar dan tulisan khat ini boleh menyuntik perasaan insaf akan kebesaran dan keagungan ciptaan Allah s.w.t.


4. Gambar berupa penyanyi yang mendedahkan aurat tidak dibenarkan.

- Ini kerana ia melambangkan keagungan dan perasaan memuja-muja manusia.

5. Islam mengharuskan kita memaparkan foto orang alim atau orang yang mempunyai kelebihan dari ketokohan dan kelebihan ilmu Islam.
- Gambar-gambar ini diharuskan kerana ia boleh dijadikan contoh dan akan memberikan semangat kepada orang lain yang memandangnya.

6. Gambar keluarga untuk kenangan dan haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan dalam Islam.


7. Perhiasan berupa pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak tidak dibenarkan.

- Ini kerana boleh menimbulkan sifat riak atau sombong atas kelebihan yang dimiliki oleh seseorang.


8. Bekas acuan atau bekas-bekas kuih raya yang berbentuk haiwan seperti acuan kuih dibenarkan.



9. Perhiasan seperti permaidani yang berlatar belakangkan gambar haiwan dibenarkan, kerana permaidani diletakkan dikedudukan yang rendah atau atas lantai, yang dipijak setiap hari dan tidak membayangkan ianya diagungkan.

Semoga tips ini dapat membantu anda menghias rumah dengan cara Islam dan sentiasa menjadikan rumah anda..."RUMAHKU...SURGAKU..."...amin

Sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=271049

Monday, September 5, 2011

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH


 

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata." 


sumber : http://dilemaduniaislam.blogspot.com/2010/02/tidak-akan-masuk-neraka-orang-yang.html

SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI




Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:

لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب

“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.”,tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”

Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih


Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang terdapat dalam hadis2 Nabi saw. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:

إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهم في أجسادهم. قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني

“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.”

Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan

Rujukan: Al-Idoh wat Tabyin oleh Muhammad Abdullah al-Imam.

Wednesday, August 24, 2011

7 SUNNAH PENTING



Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua 

Sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=261703

Thursday, August 18, 2011

Ibadah Puasa & Fadhilat Ramadhan



Ibadah Puasa

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

PENGERTIAN PUASA
# Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
# Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
# Islam
# Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
# Suci daripada haid dan nifas
# Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
# Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
# Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
# Makan dan minum dengan sengaja
# Muntah dengan sengaja
# Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
# Keluar darah haid atau nifas
# Gila
# Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
# Orang yang sakit
# Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
# Orang tua yang sudah lemah
# Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.



Fadhilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya." 
Sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=189696

Thursday, August 11, 2011

Tersilap Keutamaan Dalam Beribadah Bulan Ramadhan




" Alhamdulillah, surau-surau dan masjid-masjid dikunjungi ramai ahli jamaah pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Apatah lagi pada sebelah malamnya. Bilangan ahli jamaah pada solat sunnat Tarawih sangat ramai sehingga ada yang terpaksa solat di luar surau pada minggu pertama bulan Ramadhan.

Inilah keberkatan Ramadhan. Ramai manusia berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk bersolat jamaah dan masing-masing berlumba-lumba untuk membuat kebajikan untuk merebut pahala yang berlipat kali ganda pada bulan yang penuh barakah ini.

Namun, ada sebahagian ahli masyarakat yang salah faham akan keutamaan sesuatu amal/perbuatan atas sesuatu amal/perbuatan yang lain yang sepatutnya diutamakan terlebih dahulu. Antara salah faham itu ialah:


Mengutamakan solat sunnat Tarawih secara berjamaah, tetapi meninggalkan solat fardhu Isyak secara berjamaah.

Mengutamakan cepatnya untuk khatam al-Quran, tetapi meninggalkan usaha untuk tadabbur al-Quran.

Mengutamakan dan berpegang kuat kepada pendapat feqh tertentu, tetapi melupakan adab ikhtilaf dan akhlaq sesama muslim sehingga terguris ukhwah Islamiyyah. Sedangkan berlapang dada dalam soal khilafiah feqh adalah lebih baik, daripada memutuskan hubungan dan perpaduan masyarakat muslim.

Melambatkan solat fardhu Maghrib disebabkan oleh berbuka. Sedangkan seseorang sepatutnya menyegerakan solat fardhu Maghrib selepas berbuka puasa secara ringkas. Jika mahu sambung makan selepas solat fardhu Maghrib, silakan.

Mengutamakan sunnah berpakaian yang tidak disyariatkan ketika ke masjid seperti berjubah/berserban (bagi lelaki) dan bertelekung putih (bagi wanita), tetapi meninggalkan sunnah berpakaian yang disyariatkan seperti menutup aurat, tidak sombong, membazir, keterlaluan dan bertasyabbuh (meniru) kaum lain ketika berpakaian seharian.

Wanita mengutamakan untuk turut serta solat berjamaah di masjid, tetapi melupakan adab dan akhlaq ketika keluar rumah. Wanita boleh bersolat di masjid, tetapi jika boleh menimbulkan fitnah lebih elok dia solat di rumah sahaja.

Mengutamakan solat sunnat pada waktu sepertiga malam, tetapi meninggalkan solat Subuh secara berjamaah. Ini biasa terjadi pada seseorang akibat mengantuk.

Mengutamakan ibadah sunnat di surau atau masjid ketika waktu kerja, tetapi meninggalkan tanggungjawab dan amanah majikan di tempat kerja.

Dan lain-lain lagi.

Di atas adalah senarai beberapa salah faham yang telah saya kenalpasti dan ingat buat masa ini. Tentu rakan-rakan yang membaca tulisan ini dapat menambah lagi bilangan senarainya.

Mudah-mudahan ummat ISLAM semakin bijak dalam beramal ibadah dan bermuamalah dengan bertambahnya ilmu setiap hari. Hadirilah majlis ilmu samada di masjid, di surau, di tempat kerja, di seminar-seminar, melalui TV dan radio atau pun melalui maklumat-maklumat di internet.

Semoga ALLAH memelihara kita semua dan menjadikan kita semua hamba-hambaNYA yang berTAQWA, amin…

Wa Allahu Ta’ala A’lam. 
 

sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=257802

Sunday, August 7, 2011

Sebuah Kisah dan renungan..





Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wudhu’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air”.

Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

“Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.



“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya”



Bagi menuju kearah kesempurnaan (zahir dan batin), Allah telah pun menurunkan Al-Quran sebagai pelajaran.. persoalannya disini, adakah mereka mahu mengambil pelajaran??????

Saturday, August 6, 2011

Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para
jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan
keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga"
dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan
keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut
keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat
lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah, saya
sudah bersedia". Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?". Budak itu
menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku
tentang Islam ini".
Ayahnya membalas "Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat
pulak".

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah,
adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"

Ayahnya menjawab, "Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..".
Dengan nada sedih, budak itu bertanya, "Ayah, boleh tak benarkan saya
pergi?". Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, "Anakku, awak
boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati" .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun
ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia
memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu
naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk
hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil
mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ
lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di
lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu
hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi
tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti
ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan
lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya
supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini
dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah
kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, "Apa yang boleh
saya bantu awak, wahai budak?".

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi,
budak itu berkata, "Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu
makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan
sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah
buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang
Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai
kebahagiaan daripada-Nya" ..

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk
balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, "Terima kasih ya
anak dan semoga Tuhan memberkatimu" .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah
agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, " Ada
sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?".

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, "Tiada di kalangan
jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir
sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk
agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya
telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya
sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya
telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk
hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki
loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu
palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali
satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas
kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya
hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat
bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan
pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng
semakin kuat dan bertubi-tubi.

Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan
kuat. Saya berfikir sendirian lagi "Siapalah di muka bumi ini yang boleh
buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa
dengan saya". Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke
pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang
bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini
di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak
gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya
menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula,
seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.

"Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi
dan sentiasa melindungi makcik". Kemudian dia memberikan kepada saya
sebuah buku bertajuk " Jalan Ke Syurga" yang saya sedang pegang ini.

Bila "malaikat kecil" itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya
menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis
di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk
mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya
sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang
dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam
neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka
melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara. Imam
iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan
di mana "malaikat kecil" itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin
tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di
alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih
sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di
sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah
untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah
hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu
kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

".pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan
kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan
umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,
sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku
telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu
kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu,
maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang
diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka
bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani" 


Sumber : http://hakaluka.blogspot.com/2010/08/tapi-ayah-adakah-manusia-tidak-masuk.html

Friday, August 5, 2011

kisah pokok epal




Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "

Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.

Mereka berdua menangis kegembiraan.

moral - .............. jom blk kg. tgk ibubapa kita..

Isteri Yang Menolak Panggilan Suami



Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia makadia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatandirinya.” Wanita Islam yang bijaksana sentiasa mahu mencari keredhaan Allah dengan taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan maksiat, berbakti untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk menggembirakan suaminya. Dia akan redha dengan kesusahan atau font kesempitan hidupnya, sebagaimana yang telah dicatatkan dalam sejarah Islam unggulnya peribadi Fatimah r.a.

Wanita Islam yang benar, rela berkhidmat di rumah untuk suaminya dan dia tahu hak suami ke atasnya. Sesungguhnya ia adalah hak yang amat besar sebagaimana sabda Rasulullah:

“Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorang sujud kepadaseseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya.”

(Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)

Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga sebagaimana sabda Rasulullah:

“Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu, puasapada bulannya, taat kepada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripadamana-mana pintu yang kamu sukai.”

(Riwayat Ibn Majah)

Disamping itu, Islam juga mengancam dengan dosa kemurkaan dan laknat kepada wanita yang berpaling daripada peringatan ini:

“Apabila seseorang lelaki memanggil isterinya ke katilnyatetapi dia enggan mendatanginya, lalu suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya nescaya malaikat akan melaknatnya sehinggawaktu subuh (pagi).”

(Sahih Muslim)

Monday, August 1, 2011

Apakah Rokok Haram ?



Rokok memang belum ada di masa Rosulullah Shallallohu ‘alaihi Wa Sallam. Namun Islam telah datang dengan membawa kaidah-kaidah yang umum yang mengharomkan setiap perkara yang membahayakan badan atau mengganggu orang lain atau merugikan harta. Berikut ini dalil-dalil tentang hukum rokok.
- Allah Ta’ala berfirman (yang artinya): “Dan Allah menghalalkan bagi mereka semua perkara yang baik dan mengharamkan semua yang buruk.”(Al-A’rof:157). Rokok termasuk hal yang buruk yang memudharatkan lagi busuk baunya.
- Allah pun berfirman (yang artinya): “Dan Janganlah kalian menjatuhkan diri sendiri dalam kebinasaan.”(Al Baqoroh:195). Rokok menimbulkan penyakit-penyakit yang membinasakan seperti kanker, TBC, dan lain-lain.
- Allah juga berfrman (yang artinya):“Dan janganah kalian membunuh diri-diri kalian.”(An Nisaa:59). Rokok membunuh jiwa secara perlahan.
- Allah berfirman tentang bahaya khamr (yang artinya): “Dan dosanya lebih besar daripada manfaatnya.”(Al Baqoroh:219). Bahaya rokok pun lebih besar dari manfaatnya, bahkan keseluruhannya merupakan kemudharatan.
- Allah berfirman (yang artinya): “Dan janganlah engkau menghambur-hamburkan harta dengan boros, sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara setan.”(Al-Isro:26-27). Rokok adalah pemborosan dan penghambur-hamburan terhadap harta, termasuk amalan setan.
- Rasulullah Shallalohu ‘alaihi Wa Sallam bersabda (yang artinya): “Tidak boleh ada kemudharatan, tidak boleh ada perbuatan memudharatkan.”(Shahih diriwayatkan Imam Ahmad). Rokok memudharatkan (membahayakan) penghisapnya, mengganggu orang-orang di sekitarnya dan memboroskan harta.
- Rasulullah Shallalohu ‘alaihi Wa Sallam bersabda (yang artinya): “Dan Allah membenci bila kalian membuang-buang harta.”(Mutaffaqun ‘Alaih). Rokok merupakan pembuang-buangan terhadap harta maka Alloh membencinya.
- Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (yang artinya), “Perumpamaan kawan duduk yang baik dengan kawan duduk yang jelek adalah adalah seperti pembawa minyak wangi dan peniup api tukang besi.“(Riwayat Bukhary-Muslim). Perokok adalah kawan duduk yang jelek yang meniup api.
- Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa yang meniup racun hingga mati maka racun tesebut akan berada di tangannya lalu dihirupkan selama-lamanya di neraka Jahannam.“(Riwayat Muslim). Rokok mengandung racun nikotin yang membunuh penghisapnya perlahan-lahan dan menyiksanya.
- Rasulullah Sholallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa yang memakan bawang putih atau bawang merah, maka hendaknya menyingkir dari kita dan menyingkir dari masjid dan duduklah di rumahnya.“(Riwayat Bukhari-Muslim). Rokok lebih busuk baunya dari bawang putih maupun bawang merah.
Sebagian ahli fiqih mengharamkan rokok. Sedang yang tidak mengharamkannya belum melihat bahaya yang nyata yang ditimbulkan, seperti bahaya penyakit kanker. Apabila orang membayar uang 1 lira, kita pasti mengatakannya ia orang gila. Bagaimana orang yang membakar rokok yang harganya ratusan lira yang berakibat membahayakan dirinya dan orang-orang di sekitarnya? Dari semua hadits maupun ayat Al Qur’an tersebut di atas, maka jelas bahwa rokok termasuk diantara semua yang negatif yang membahayakan penghisapnya dan orang-orang di sekitarnya.
Apakah anda masih termasuk orang yang beragama dan berperasaan? Apabila rokokmu membuat orang terganggu dan mengotori udara, maka mengotori udara hukumnya haram sebagaimana mengotori air yang dapat membahayakan orang. Andaikata kita bertanya kepada orang yang merokok, apakah perbuatanmu (merokok) akan dimasukkan ke dalam amal baik atau amal buruk? Pasti ia menjawab bahwa rokoknya tersebut termasuk dalam amal buruk.
Memohonlah kamu agar kamu bisa meninggalkan rokok, karena barang siapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah, maka Allah akan memberi pertolongan. Dan bersabarlah kamu, karena Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.
Sumber: http://ghuroba.blogsome.com, Dinukil dari kitab “Risalah Taujihat Islamiyah”, Judul dalam edisi Indonesia “Bimbingan Islam untuk Pribadi dan Masyarakat”,Penulis: Syaikh Muhammad Bin Jamil Zainu, Penerbit Darul Khair, Jeddah

Friday, July 29, 2011

Berbuka Puasa Cara Nabi Muhammad SAW





Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa.
Antara adab-adab itu ialah:

a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w.

Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca:
Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) 
– Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010.

Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata:
“Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-
Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.
(Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” 
– Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743.

Di samping doa-doa di atas,
kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab 
(makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. 
Sabda Rasulullah s.a.w :

“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” 
– Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743.

b. Menyegerakan Berbuka Puasa.

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa.
Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib.
Utamakan berbuka dari sibuk berzikir,
membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa 
menyegerakan berbuka puasa.” 
– Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:

“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan 
berbuka puasa.”
– Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.

c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan.
Ia lembut dan manis.
Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak 
terjual di pasaran.
Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. 

Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab.
Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” 
– Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.

d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat 
Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.
Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah 
makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan.
Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solatMaghrib.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam
Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaantenang.” 
– Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208: 
“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan 
yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

e. Berbuka Puasa Secara Sederhana.

Firman Allah S.W.T:

“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke 
tempat ibadat (mengerjakan solat) 
dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. 
Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” 
– Surah al-A’raaf : 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk 
kita melepas geram 
kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. 
Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim 
yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w:

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya).
Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan,
satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” 
– Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.

f. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.

Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa 
untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin,
anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah. 

Firman Allah S.W.T:

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin,
anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati):
Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan 
kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” 
– Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar.
Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan,
semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya.

Sabda baginda s.a.w:

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa,
pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa,
iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” 
– Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.